AkademikBahasa mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua pengunjung blog AkademikBahasa. Semoga tahun 2010 membuka lembaran baharu yang lebih bermakna dan menarik untuk digapai khususnya ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu. AkademikBahasa juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang pernah mengunjungi laman blog ini sepanjang AkademikBahasa berwacana di laman maya. Setiap pandangan dan teguran daripada para pengunjung amat dihargai oleh AkademikBahasa, dan semoga para pengunjung tidak jemu untuk terus mengunjungi dan bersembang-maya di laman blog ini. Sebarang cadangan dan pandangan bagi menambahbaik lama blog AkademikBahasa untuk tahun 2010 amat-amat dialukan. Thursday, 31 December 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2010
AkademikBahasa mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua pengunjung blog AkademikBahasa. Semoga tahun 2010 membuka lembaran baharu yang lebih bermakna dan menarik untuk digapai khususnya ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu. AkademikBahasa juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang pernah mengunjungi laman blog ini sepanjang AkademikBahasa berwacana di laman maya. Setiap pandangan dan teguran daripada para pengunjung amat dihargai oleh AkademikBahasa, dan semoga para pengunjung tidak jemu untuk terus mengunjungi dan bersembang-maya di laman blog ini. Sebarang cadangan dan pandangan bagi menambahbaik lama blog AkademikBahasa untuk tahun 2010 amat-amat dialukan. Thursday, 17 December 2009
Kursus Program LINUS Guru Tahun 1 2010
Monday, 14 December 2009
Mesyuarat Penggubalan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu
Thursday, 26 November 2009
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1430H
Saturday, 21 November 2009
Tahniah & Syabas Sekolah BM 100%
Unit Bahasa JPN Kelantan merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan tahniah kepada 2 buah sekolah yang berjaya mencatat keputusan lulus 100 peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan, iaitu:SRA Tengku Amalin Aishah Puteri, Kota Bharu, dan SK Sungai Bagan, Machang
Thursday, 19 November 2009
Keputusan UPSR 2009, Pencapaian Cemerlang !
19 Nov 2009 : Keputusan UPSR 2009 peringkat negeri Kelantan telah diumumkan oleh YABrs Hj.Mohd Ghazali Abd.Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan di Bilik Mesyuarat JPN, jam 10.00 pagi. Keputusan keseluruhan UPSR 2009 amat membanggakan, kerana dalam tempoh 6 tahun ini merupakan pencapaian yang terbaik Kelantan dengan seramai 25,369 calon atau 69.03 peratus mencapai kelulusan am, meningkat 2.25 peratus (seramai 529 calon) berbanding 2008. Manakala kecemerlangan calon semua A (5A & 7A) menunjukkan peningkatan ketara iaitu seramai 5,259 calon atau 14.31 peratus, dengan peningkatan 2.90 peratus atau 1,015 calon. Gred Purata Negeri juga meningkat iaitu 2.25 berbanding 2.32 pada 2008. Gred Purata Negeri juga berjaya mengatasi Gred Purata Kebangsaan. Sementara itu, pencapaian bagi Bahasa Melayu Pemahaman sebanyak 91.28 peratus dengan seramai 32,532 calon lulus, dan seramai 16,005 calon atau 44.91 peratus memperoleh gred A, manakala Bahasa Melayu Penulisan pula seramai 28,919 calon lulus dengan peratus 81.15, dan seramai 18,450 calon (51.77 %) memperoleh gred A. Namun demikian, pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu mengalami sedikit penurunan berbanding tahun 2008. Ini sudah tentu memerlukan daya usaha dan kesungguhan semua pihak bagi memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan pencapaiannya pada tahun 2010 selaras dengan dasar MBM.Sunday, 15 November 2009
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2009
Unit Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 kepada semua calon SPM 2009. Semoga para pelajar sekalian dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh keiltizaman untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Pesanan kepada semua calon, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya dan sentiasa berdoa untuk memberi yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua !Wednesday, 11 November 2009
Mesyuarat Pemurnian dan Cuba Uji Modul Literasi Bahasa Melayu (Program LINUS)
10 - 11 Nov : Satu Mesyuarat Pemurnian dan Cuba Uji Modul Literasi Bahasa Melayu Tahun 1 untuk Program LINUS 2010 telah berlangsung di Permai Inn, Terengganu. Seramai 30 orang guru Bahasa Melayu tahun 1 dari beberapa buah sekolah negeri Kelantan terpilih mengikuti mesyuarat berkenaan dan terlibat di dalam cuba uji modul tersebut. Modul berkenaan yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dengan kerjasama Jurulatih Utama Bahasa Melayu peringkat negeri dijangka akan digunakan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu tahun 1 seluruh negara bermula Disember 2009 hingga Februari 2010. Melalui mesyuarat tersebut, modul berkenaan telah dimurnikan dan dicubauji di kalangan guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat. Unit Bahasa Melayu, JPN Kelantan turut diwakili oleh KPP Bahasa Melayu, En.Mohd Hassany Hashim sebagai pemerhati di dalam mesyuarat dan proses cubauji modul berkenaan.Thursday, 5 November 2009
Konvensyen Pedagogi Bahasa Melayu Serantau 1
Wednesday, 28 October 2009
Program Memartabat Bahasa Melayu - Bengkel Majalah Dalam Kelas 2009
Pelancaran Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPN Kelantan
25 Oktober 2009 - Unit Bahasa JPN Kelantan dengan kerjasama SMK Dato' Biji Wangsa, Tumpat telah mengadakan majlis pelancaran perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 peringkat jabatan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tn.Hj.Mohd Ghazali Abd.Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan. Majlis pelancaran BBK 2009 peringkat JPN yang berlangsung di Dewan SMK Dato' Biji Wangsa turut dihadiri oleh Hj.Mohd Adnan Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, En.Mohd Hassany Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahasa, En.Zakaria Awang Chik, Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat dan Hjh.Fauziah Hj.Abd.Rahman, Pengetua SMK Dato' Biji Wangsa. Pengarah Pelajaran Kelantan dalam ucapan pelancaran BBK 2009, meminta semua pihak mengambil tanggungjawab bersama dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Menurut beliau, pengamalan yang berterusan terhadap Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi dapat memperkasakan kembali kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama negara. Tambah beliau lagi, JPN Kelantan akan terus berusaha merencanakan program memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui aktiviti dan program di bawah Unit Bahasa. Selain ucapan perasmian pelancaran BBK 2009, majlis turut disulami dengan pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia serta persembahan daripada pelajar SMK Dato' Biji Wangsa.Saturday, 24 October 2009
Seminar Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM 2009
Tuesday, 20 October 2009
Teks Perutusan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 oleh YAB Menteri Pelajaran
http://docs.google.com/Doc?docid=0AcuaEQo15Ll8ZGQ2eHhxdzVfODRkODh6cnhjNw&hl=en
Saturday, 17 October 2009
Mesyuarat Sektor Pengurusan Akademik JPN & PPD kali ke-3/2009
Sunday, 11 October 2009
Kursus Profesionalisme Guru Kanan Bahasa JPN Kelantan
Wednesday, 7 October 2009
Tuesday, 6 October 2009
Dasar martabat BM, perkukuh BI
''Kita berharap dengan usaha baru ini (MBMMBI), maka sistem pendidikan kebangsaan akan menjadi lebih menarik dan lebih kukuh. Ia juga berupaya untuk meningkatkan penguasaan dalam semua ilmu tidak terkecuali untuk kita mempertingkatkan kecekapan dalam bahasa Inggeris di samping mengukuhkan dan memartabatkan bahasa Malaysia," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, dasar MBMMBI seiring dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menjadikan usaha memartabatkan bahasa Malaysia sebagai teras pertama program membina negara bangsa.
Pada satu soalan mengenai usaha menarik semua kaum menghantar anak ke sekolah kebangsaan (SK), beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar kerajaan adalah mengutamakan sekolah tersebut. Bagaimanapun, jelasnya, sekolah jenis kebangsaan (SJK) tidak dipinggirkan kerana ia terbentuk hasil toleransi semua kaum.
''Apa pun sistem kebangsaan kita adalah sekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Malaysia. Jadi, kita telah melaksanakan beberapa dasar pelajaran kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan kita," ujarnya.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Monday, 28 September 2009
Usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" MBMMBI
Berikut merupakan usaha KPM dalam memperkasa dan memartabatkan kembali kedudukan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, KPM tidak melupakan terus langkah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pendekatan penuh diplomasi dan terancang ini harus dilihat sebagai usaha proaktif dan langkah terbaik bagi menangani isu yang pernah menimbulkan kontroversi dan polemik hangat tidak lama dahulu. Kita perlu memahami dan berusaha menghayati secara ilmiah pendekatan yang diambil, yang dianggap tidak terlalu 'gopoh' dan penuh harmoni. Friday, 25 September 2009
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 akan mula disambut dan diraikan selepas Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 dijangka diadakan pada 2 Oktober 2009, di Kuching, Sarawak. YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dijangka akan merasmikan majlis pelancaran BBK 2009 berkenaan. Unit Bahasa JPN Kelantan turut serta dalam memastikan sambutan BBK 2009 disemarakkan di Kelantan melalui beberapa agenda dan aktiviti berkaitan kebahasaan dilaksanakan di seluruh negeri. Aktiviti berkenaan akan digerakkan secara bersama dengan DBP Wilayah Timur dan Pejabat SUK Keantan, selaku Pengerusi Sambutan BBK 2009 peringkat negeri. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
1. Majlis Pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Kelantan - 6 Oktober 2009 di Pusat Perdagangan Kelantan.
2. Perhimpunan BBK 2009 di seluruh sekolah negeri Kelantan bermula 3 - 30 Oktober 2009.
"Bersama-sama Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan"
Download lagu " BAHASA JIWA BANGSA "
http://www.ziddu.com/viewfile/6821133/bahasajiwabangsa.wma.html
Tuesday, 15 September 2009
Mesyuarat Key Performance Indicator KPPM
Sunday, 13 September 2009
Mesyuarat Penyelarasan Latihan Literasi & Numerasi BPK KPM
Wednesday, 9 September 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2009
Tuesday, 1 September 2009
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Bahasa Melayu BPG-JPN 2010
i. Memperkukuhkan penguasaan Tatabahasa di kalangan guru-guru Bahasa Melayu.
ii. Memantapkan pedagogi berkesan guru-guru Bahasa Melayu.
iii. Menyuburkan seni warisan bangsa dan kesusasteraan Melayu di dalam pengajaran Bahasa Melayu.
iv. Meningkatkan penguasaan asas Menulis dan Membaca di kalangan pelajar sekolah.
Perancangan ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan dalam mencapai sasaran NKRA dan NKPI khususnya bagi sektor pendidikan negara.
Monday, 31 August 2009
Selamat Menyambut Ulangtahun KEMERDEKAAN KE 52
Alhamdullilah hari ini kita menyambut ulangtahun KEMERDEKAAN sebuah negara kecil yang berjiwa besar. Sesudah 446 tahun kita pernah terpasung dalam era penjajahan, hari ini selepas 52 tahun kita kembali meraih nilai kebebasan dan kedaulatan NEGARA MERDEKA. Namun apakah kita benar-benar MERDEKA dalam perjuangan BAHASA KITA? Kita harus mensyukuri nikmat KEMERDEKAAN yang telah dianugerahi ALLAH swt. Terima kasih kepada pejuang-pejuang bangsa dan semoga roh kalian ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama para syuhada.
Sunday, 23 August 2009
Mesyuarat Penyelarasan Bidang Bahasa KPM-JPN 2009
Saturday, 15 August 2009
1Bahasa: Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Sunday, 15 March 2009
Seminar Pendidikan Ketua Panitia Bahasa Melayu
Monday, 9 February 2009
Pemantauan e-Cakna ke SK Hendrop Gua Musang
Tuesday, 20 January 2009
Siri Taklimat Pengurusan Panitia Bahasa Melayu 2009
12 - 14/1/2009 - PPD Kota Bharu
15/1/2009 - PPD Bachok
19/1/2009 - PPD Pasir Mas
21/1/2009 - PPD Tumpat
1/2/2009 - PPD Pasir Puteh
2/2/2009 - PPD Tanah Merah
8/9/2009 - PPD Gua Musang
9/2/2009 - PPD Kuala Krai
10/2/2009 - PPD Jeli
Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berhubung pengurusan panitia mata pelajaran bagi memastikan proses P&P berjalan lancar dan matlamat meningkatkan pencapaian cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu 2009 berhasil. Antara isi kandungan taklimat merangkumi:
1. Usaha memperkasakan peranan Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah.
2. Pengurusan Fail Panitia secara berkesan.
3. Isu P&P berkesan di bilik darjah.
4. Penulisan karangan berfokus.
5. Pemantauan Berfokus Akademik (e-Cakna) Bahasa Melayu.
6. Program khas Bahasa Melayu KPM
Pengurusan teknikal siri taklimat ini telah diurus selia oleh Pegawai Unit Bahasa PPD yang terlibat.
Thursday, 1 January 2009
SELAMAT TAHUN BAHARU AWAL MUHARAM 1430H & 2009 MASIHI
SUDUT MAHIR BAHASA
antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, warganegara, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, matahari
Sajak Pilihan Akademik Bahasa
alangkah mulia dan bermaknanya
setiap kali muridmu berkata, kau
memperbetulkan bahasanya
meskipun kau guru agama atau matematik cuma
akan lebih terdidik murid kita
bahasapun jadi indah dan mulia
kalau kita membuang sempadan
memartabatkan bahasa ibunda
sedangkan tanggungjawab kita lebih jauh daripada itu
bukan sekadar memberi mereka markah dan pangkat
tapi meneguhkan keyakinan dan kepercayaan
bahasa itu mulia letaknya
janganlah dibataskan pandangan
kiranya seribu pendidik sepertimu
akan terbenualah bahasa kita
jauh memancangkan batasnya
Marilah dengan tangan terbuka
Memuliakan bahasa ucapan kita
Tidak perlu kita harapkan siapa-siapa
Selain kita: pendidik bangsa!
SALASILAH BAHASA (Azhar Salleh)
Pohon bahasa yang sekian lama tumbuh
menunaskan akal budi bangsa yang teguh
merantingkan wibawa bicara yang ampuh
dahannya terlalu kukuh untuk dirempuh
dedaun bestari hijau mewarnai peribumi
mekarlah puspa mengaroma datar buana
bertunjang akarnya yang berjiwa cekal
di belantara sejarah yang bernafas kental
Sungai bahasa telah bersilam menyaring
kelodak hitam dan penjarah yang gering
yang ingin melunturkan jernih bahasa
namun nadi arusnya sukar ditongkah
ini bahasa sarwa milik merdeka
terhimpun khazanah bangsa di dasarnya
merakam luka dan derita yang terseksa
dalam kitab riwayat yang paling sejahtera
menguntum kasih merentasi sempadan
bahasa ini tegak setia mengkhabarkan salam
menjalinkan peradaban yang marak dijulang
Asal usul bahasa bermukim
pada akal budi para pewaris
yang begitu mesra menyantuni warga
keras pula menyanggah sengketa
dari sejarah yang mengharukan bangsa
dari puncak bukit yang mencatan warnanya
perjuangan rakyat membuka gerbang dewan
di sebuah wad usang menggelegaklah bahasa
untuk diseratakan di segenap ruang kota
demi menafaskan nadi pejuang dari desa
yang ingin menancap bahasanya bersatu
mengisi merdeka dengan bahasa yang sama
bahasa yang berjiwa bangsa


