14 Februari merupakan tarikh keramat yang perlu diingati dan dihayati. Tetapi bukan mengingati atau menghayati Hari Kekasih (Valentine Day), bukan ! dan bukan ! Tarikh keramat tersebut ialah Hari Pejuang Bahasa 152. Peristiwa Perarakan Keranda 152 pada 3 Mac 1967 merupakan peristiwa bersejarah tanah air khusus kepada para pejuang Bahasa Melayu dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di tanah air pada masa itu. Pada tarikh itu juga Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr.Usman Awang, melahirkan sebuah sajak yang cukup sinonim dengan semangat perjuangan Bahasa Melayu iaitu sajak Keranda 152.
Ayuh, kita semarakkan kembali semangat pejuang bahasa terdahulu tanpa api prejudis dan simbahan 'minyak' politik melulu. Kita semarakkan semangat perjuangan dengan ilmu rasional dan akal minda yang terbuka! Singkirkan di dalam arus perjuangan kita politik melulu dan chauvanis perkauman dalam menegak obor-obor perjuangan Bahasa Melayu tercinta.
Kita tidak akan menjadi semalu yang tersipu andainya kita berjuang dengan akal minda yang terbuka dan rasional! Maruah tidak akan tercalar andai kita bersilat di gelanggang juang dengan ilmu yang waras tanpa amarah yang membuta!
No comments:
Post a Comment