Utusan Malaysia Online - Berita Utama
Novel Interlok terus digunakan
Tajuk utama Utusan Malaysia pada 28 Januari 2011. Isu dan kemelut novel Interlok karya SN Datuk Abdullah Hussein akhirnya menemui jalan penyelesaiannya dengan sedikit pindaan. Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, hasil daripada perbincangan dengan beberapa pihak terbabit termasuklah dengan penulisnya sendiri, kabinet bersetuju novel berkenaan terus digunakan sebagai teks komsas Tingkatan 5 mulai 2011. Namun demikian, novel tersebut akan mengalami sedikit pindaan kecil terhadap beberapa bahagian yang dianggap sensitif. Satu panel ditubuhkan bagi menyediakan garis panduan terhadap pindaan yang dimaksudkan. Adalah diharapkan dengan keputusan kabinet ini, semua pihak dapat menerimanya dengan hati terbuka tanpa sebarang prejudis yang boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar yang terlibat dalam penggunaan teks tersebut.
Friday, 28 January 2011
Wednesday, 26 January 2011
Makluman: Bahan Teks Baharu Komsas Tingkatan 2 dan Tingkatan 5
Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 bahawa bahan modul pengajaran dan pembelajaran bagi teks baharu Komsas T2 dan T5 masih di dalam proses pemurnian. Selain itu, pihak 'admin' masih menghadapi masalah teknikal untuk memuatnaik (upload) bahan yang disediakan oleh JU Komsas yang terlibat di dalam Taklimat Pendedahan Teks Baharu Komsas T2 dan T5 yang diadakan di BTPN pada 19 dan 20 Januari 2011 yang lalu. Oleh itu pihak kami meminta semua guru Bahasa Melayu yang berkaitan bersabar sedikit masa lagi. Sementara itu guru-guru boleh meneruskan proses P&P teks baharu komsas tersebut dengan menggunakan kreativiti dan inovasi masing-masing.
Tuesday, 23 November 2010
Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 1
Unit Bahasa JPN Kelantan sedang melaksanakan Kursus Penyebaran Maklumat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 seluruh negeri Kelantan. Kursus tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan mula mengambil alih pelaksanaan KBSR (Semakan) mulai tahun 2011 kepada murid-murid Tahun 1. Peserta kursus KSSR didedahkan dengan pelbagai maklumat KSSR, pendekatan P&P yang menyeronokkan, sesi perbengkelan.
Info Kursus KSSR Tahun 1:
PPD terlibat sebanyak 10 buah.
Guru BM Tahun 1 seramai 419 orang
Jurulatih Utama seramai 20 orang
Klik pada imej untuk memuat turun Bahan Maklumat KSSR 2011
Sunday, 17 October 2010
NASIB BAHASA MELAYU DI BUMI MELAYU
Rencana yang menarik untuk dibaca, diteliti dan direnungi oleh kita bersama. Ditulis oleh seorang yang bukan memiliki 'bahasa kita' asalnya, tetapi lebih memahami dan menyayangi 'bahasa kita' lebih daripada bahasa ibundanya sendiri. Terima kasih Dr.Ridhuan Tee Abdullah.
Klik pada tajuk untuk membaca rencana
Friday, 8 October 2010
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Kebangsaan
5 Oktober 2010 - YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat kebangsaan bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh. Dalam ucapan beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran, menyeru semua pihak bertanggungjawab dalam meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam semua aspek urusan pentadbiran mahupun kehidupan harian. Menurut beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menguatkuasakan garis panduan papan iklan berhubung penggunaan bahasa kebangsaan. PBT diminta memainkan peranan membantu kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan. Tambah beliau, jika PBT menguatkuasakan undang-undang itu dipercayai tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.Majlis pelancaran itu turut dihadiri sama Menteri Besar Perak, Datuk Dr.Zambry Ab.Kadir dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Thursday, 23 September 2010
Aktiviti sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010
Bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 2009. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini bertemakan "1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara" selaras dengan konsep 1 Malaysia. Pelancaran BBK 2010 peringkat kebangsaan akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 5 Oktober yang dijangka akan dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.
Unit Bahasa Jabatan Pelajaran Kelantan turut terlibat dalam menjayakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaa 2010 peringkat Kelantan yang akan diadakan pada 18 Oktober 2010, bertempat di Balai Islam, Lundang. Selain itu, Unit Bahasa JPN Kelantan dijangka melancarkan sambutan BBK 2010 peringkat sekolah-sekolah Kelantan pada 17 Oktober 2010. Pelancaran dijangka disempurnakan oleh YABrs Pengarah Pelajaran Kelantan.
Sepanjang sambutan BBK 2010, Unit Bahasa JPN Kelantan akan mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan sambutan BBK, antara aktiviti yang akan diadakan ialah:
- Pertandingan Pengisahan Tokoh BBK 2010
- Sayembara Deklamasi Puisi BBK 2010
- Perhimpunan Mingguan BBK 2010 sekolah seluruh negeri
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU JPN KELANTAN
Unit Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Kelantan akan menganjurkan Bengkel Peningkatan Pengajaran Komsas Teks Baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kepada guru-guru Bahasa Melayu. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pedagogi berkesan pengajaran Komsas Teks Baharu yang telah diperkenalkan mulai 2010.
Bengkel Komsas Teks Baharu Guru-guru Tingkatan 1
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, BTPN Kelantan
Bengkel Komsas Teks Baharu Guru-guru Tingkatan 4
Tarikh : 27 September 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, BTPN Kelantan
Semua guru berkenaan diwajibkan hadir.
Bengkel Komsas Teks Baharu Guru-guru Tingkatan 1
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, BTPN Kelantan
Bengkel Komsas Teks Baharu Guru-guru Tingkatan 4
Tarikh : 27 September 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, BTPN Kelantan
Semua guru berkenaan diwajibkan hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUDUT MAHIR BAHASA
Dalam sistem bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut terdiri daripada dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja sebagai satu perkataan, iaitu:
antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, warganegara, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, matahari
antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, warganegara, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, matahari
Sajak Pilihan Akademik Bahasa
KEPADA PENDIDIK (Ar Azmi Seman)
alangkah mulia dan bermaknanya
setiap kali muridmu berkata, kau
memperbetulkan bahasanya
meskipun kau guru agama atau matematik cuma
akan lebih terdidik murid kita
bahasapun jadi indah dan mulia
kalau kita membuang sempadan
memartabatkan bahasa ibunda
sedangkan tanggungjawab kita lebih jauh daripada itu
bukan sekadar memberi mereka markah dan pangkat
tapi meneguhkan keyakinan dan kepercayaan
bahasa itu mulia letaknya
janganlah dibataskan pandangan
kiranya seribu pendidik sepertimu
akan terbenualah bahasa kita
jauh memancangkan batasnya
Marilah dengan tangan terbuka
Memuliakan bahasa ucapan kita
Tidak perlu kita harapkan siapa-siapa
Selain kita: pendidik bangsa!
SALASILAH BAHASA (Azhar Salleh)
Pohon bahasa yang sekian lama tumbuh
menunaskan akal budi bangsa yang teguh
merantingkan wibawa bicara yang ampuh
dahannya terlalu kukuh untuk dirempuh
dedaun bestari hijau mewarnai peribumi
mekarlah puspa mengaroma datar buana
bertunjang akarnya yang berjiwa cekal
di belantara sejarah yang bernafas kental
Sungai bahasa telah bersilam menyaring
kelodak hitam dan penjarah yang gering
yang ingin melunturkan jernih bahasa
namun nadi arusnya sukar ditongkah
ini bahasa sarwa milik merdeka
terhimpun khazanah bangsa di dasarnya
merakam luka dan derita yang terseksa
dalam kitab riwayat yang paling sejahtera
menguntum kasih merentasi sempadan
bahasa ini tegak setia mengkhabarkan salam
menjalinkan peradaban yang marak dijulang
Asal usul bahasa bermukim
pada akal budi para pewaris
yang begitu mesra menyantuni warga
keras pula menyanggah sengketa
dari sejarah yang mengharukan bangsa
dari puncak bukit yang mencatan warnanya
perjuangan rakyat membuka gerbang dewan
di sebuah wad usang menggelegaklah bahasa
untuk diseratakan di segenap ruang kota
demi menafaskan nadi pejuang dari desa
yang ingin menancap bahasanya bersatu
mengisi merdeka dengan bahasa yang sama
bahasa yang berjiwa bangsa
alangkah mulia dan bermaknanya
setiap kali muridmu berkata, kau
memperbetulkan bahasanya
meskipun kau guru agama atau matematik cuma
akan lebih terdidik murid kita
bahasapun jadi indah dan mulia
kalau kita membuang sempadan
memartabatkan bahasa ibunda
sedangkan tanggungjawab kita lebih jauh daripada itu
bukan sekadar memberi mereka markah dan pangkat
tapi meneguhkan keyakinan dan kepercayaan
bahasa itu mulia letaknya
janganlah dibataskan pandangan
kiranya seribu pendidik sepertimu
akan terbenualah bahasa kita
jauh memancangkan batasnya
Marilah dengan tangan terbuka
Memuliakan bahasa ucapan kita
Tidak perlu kita harapkan siapa-siapa
Selain kita: pendidik bangsa!
SALASILAH BAHASA (Azhar Salleh)
Pohon bahasa yang sekian lama tumbuh
menunaskan akal budi bangsa yang teguh
merantingkan wibawa bicara yang ampuh
dahannya terlalu kukuh untuk dirempuh
dedaun bestari hijau mewarnai peribumi
mekarlah puspa mengaroma datar buana
bertunjang akarnya yang berjiwa cekal
di belantara sejarah yang bernafas kental
Sungai bahasa telah bersilam menyaring
kelodak hitam dan penjarah yang gering
yang ingin melunturkan jernih bahasa
namun nadi arusnya sukar ditongkah
ini bahasa sarwa milik merdeka
terhimpun khazanah bangsa di dasarnya
merakam luka dan derita yang terseksa
dalam kitab riwayat yang paling sejahtera
menguntum kasih merentasi sempadan
bahasa ini tegak setia mengkhabarkan salam
menjalinkan peradaban yang marak dijulang
Asal usul bahasa bermukim
pada akal budi para pewaris
yang begitu mesra menyantuni warga
keras pula menyanggah sengketa
dari sejarah yang mengharukan bangsa
dari puncak bukit yang mencatan warnanya
perjuangan rakyat membuka gerbang dewan
di sebuah wad usang menggelegaklah bahasa
untuk diseratakan di segenap ruang kota
demi menafaskan nadi pejuang dari desa
yang ingin menancap bahasanya bersatu
mengisi merdeka dengan bahasa yang sama
bahasa yang berjiwa bangsa
