AkademikBahasa, Unit Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Saturday, 26 January 2013

UPSR 2012: Kelantan Mengekalkan Pencapaian Cemerlang

Keputusan UPSR 2012 yang diumumkan pada 19 November yang lalu telah mengekalkan kedudukan Kelantan pda tanga terbaik peringkat kebangsaan. Walaupun pencapain sedikit menurun berbanding 2011, tetapi Kelantan terus mengekalkan kedudukan ke-2 terbaik di peringkat kebangsaan. Pencapaian yang diperolehi adalah hasil perancangan dan sttategik berkesan yang dilaksanakan sepenuhnya di peringkat jabatan, PPD dan sekolah. Kolaborasi antara JPN, PPD dan sekolah serta komitmen guru2 melaksanakan program yang ditetapkan turut menyumbang pencapaian cemerlang ini. Berikut adalah info pencapaian UPSR 2012 bagi negeri Kelantan.

Peratus Kelulusan Am - 71.83%
Peratus Kecemerlangan A - 14.11%
Gred Purata Negeri - 2.18

0 comments:

SUDUT MAHIR BAHASA

Dalam sistem bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut terdiri daripada dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja sebagai satu perkataan, iaitu:

antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, warganegara, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, matahari

Sajak Pilihan: KEPADA PENDIDIK

alangkah mulia dan bermaknanya
setiap kali muridmu berkata, kau
memperbetulkan bahasanya
meskipun kau guru agama atau matematik cuma
akan lebih terdidik murid kita
bahasapun jadi indah dan mulia
kalau kita membuang sempadan
memartabatkan bahasa ibunda
sedangkan tanggungjawab kita lebih jauh daripada itu
bukan sekadar memberi mereka markah dan pangkat
tapi meneguhkan keyakinan dan kepercayaan
bahasa itu mulia letaknya
janganlah dibataskan pandangan
kiranya seribu pendidik sepertimu
akan terbenualah bahasa kita
jauh memancangkan batasnya
Marilah dengan tangan terbuka
Memuliakan bahasa ucapan kita
Tidak perlu kita harapkan siapa-siapa
Selain kita: pendidik bangsa

"Magical Template" designed by Blogger Buster