PPPM 2013-2025 merupakan satu pelan jangka panjang pendidikan negara untuk membawa pendidikan negara setara dengan negara maju.
Saturday, 13 October 2012
Tuesday, 17 April 2012
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Elektif peringkat BPK dan JPN
Saturday, 3 March 2012
Dasar MBMMBI 2012: Melestarikan pemartabatan Bahasa Melayu
Selaras dengan ketetapan kerajaan untuk terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 152, usaha kerajaan diperteguhkan lagi melalui pelaksanaan kursus-kursus profesionalisme guru-guru bahasa Melayu di bawah Dasar MBMMBI bagi tahun 2012. Program peningkatan profesionalisme guru-guru bahasa Melayu diteruskan melalui pelaksanaan kursus-kursus kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia kepada jabatan pelajaran seluruh negeri. Kesungguhan KPM untuk melaksanakan dasar MBMMBI diterjemahkan melalui komitmen pelaksanaan kursus-kursus peningkatan profesionalisme pedagogi guru-guru bahasa Melayu. Guru-guru bahasa Melayu yang berminat untuk meningkatkan profesionalisme pedagogi di bilik darjah dijemput untuk memohon mengikuti kursus-kursus tersebut yang dikendalikan oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing. Berikut adalah senarai kursus yang akan dilaksanakan untuk tahun 2012.
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU BAGI GURU-GURU DI BAWAH KELOLAAN JABATAN PELAJARAN KELANTAN
Klik di bawah ini
http://www.box.com/s/jqyri17qmf26ku6dnki3
http://www.box.com/s/jqyri17qmf26ku6dnki3
Monday, 2 January 2012
Hari Pertama persekolahan 2012
03.01.2012 adalah hari pertama persekolahan tahun 2012 bagi negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah. Manakala negeri-negeri lain akan memulakan hari persekolahan pd 04.01.2012. Sesi persekolahan 2012 pasti membawa cabaran baru yang lebih mencabar dengan penerusan pelaksanaan dasar MBMMBI yg telah dimulai tahun 2011, sementara transformasi pendidikan melalui pelaksanaan KSSR memasuki fasa kedua dengan murid tahun 2 mula mengikuti kurikulum standard. Manakala program LINUS akan memasuki fasa akhir dan penting kerana tahun 2012 merupakan tahun sasaran KPI NKRA yang perlu dicapai 100% bagi murid kohort pertama bagi Tahun 1 pada tahun 2010. Bagi sesi persekolahan 2012 ini juga merupakan tahun permulaan pelakasanaan transformasi pendidikan vokasional melalui Pendidikan Aliran Vokasional. Semua ini sudah tentu memerlukan komitmen yang tidak sedikit daripada pelbagai pihak sama ada kepimpinan sekolah mahu pun guru-guru sebagai kumpulan pelaksana. Semoga cabaran yang bakal didepani sepanjang 2012 ini akan mematangkan kita semuua demi menjayakan isiv dan agenda da pendidikan negara demi masa depan anaak bangsa. SALAM HORMAT DARIPADA AKADEMIKBAHASA