Berikut merupakan usaha KPM dalam memperkasa dan memartabatkan kembali kedudukan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, KPM tidak melupakan terus langkah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pendekatan penuh diplomasi dan terancang ini harus dilihat sebagai usaha proaktif dan langkah terbaik bagi menangani isu yang pernah menimbulkan kontroversi dan polemik hangat tidak lama dahulu. Kita perlu memahami dan berusaha menghayati secara ilmiah pendekatan yang diambil, yang dianggap tidak terlalu 'gopoh' dan penuh harmoni. Monday, 28 September 2009
Usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" MBMMBI
Berikut merupakan usaha KPM dalam memperkasa dan memartabatkan kembali kedudukan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, KPM tidak melupakan terus langkah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pendekatan penuh diplomasi dan terancang ini harus dilihat sebagai usaha proaktif dan langkah terbaik bagi menangani isu yang pernah menimbulkan kontroversi dan polemik hangat tidak lama dahulu. Kita perlu memahami dan berusaha menghayati secara ilmiah pendekatan yang diambil, yang dianggap tidak terlalu 'gopoh' dan penuh harmoni. Friday, 25 September 2009
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 akan mula disambut dan diraikan selepas Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 dijangka diadakan pada 2 Oktober 2009, di Kuching, Sarawak. YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dijangka akan merasmikan majlis pelancaran BBK 2009 berkenaan. Unit Bahasa JPN Kelantan turut serta dalam memastikan sambutan BBK 2009 disemarakkan di Kelantan melalui beberapa agenda dan aktiviti berkaitan kebahasaan dilaksanakan di seluruh negeri. Aktiviti berkenaan akan digerakkan secara bersama dengan DBP Wilayah Timur dan Pejabat SUK Keantan, selaku Pengerusi Sambutan BBK 2009 peringkat negeri. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
1. Majlis Pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Kelantan - 6 Oktober 2009 di Pusat Perdagangan Kelantan.
2. Perhimpunan BBK 2009 di seluruh sekolah negeri Kelantan bermula 3 - 30 Oktober 2009.
"Bersama-sama Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan"
Download lagu " BAHASA JIWA BANGSA "
http://www.ziddu.com/viewfile/6821133/bahasajiwabangsa.wma.html
Tuesday, 15 September 2009
Mesyuarat Key Performance Indicator KPPM
Sunday, 13 September 2009
Mesyuarat Penyelarasan Latihan Literasi & Numerasi BPK KPM
Wednesday, 9 September 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2009
Tuesday, 1 September 2009
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Bahasa Melayu BPG-JPN 2010
i. Memperkukuhkan penguasaan Tatabahasa di kalangan guru-guru Bahasa Melayu.
ii. Memantapkan pedagogi berkesan guru-guru Bahasa Melayu.
iii. Menyuburkan seni warisan bangsa dan kesusasteraan Melayu di dalam pengajaran Bahasa Melayu.
iv. Meningkatkan penguasaan asas Menulis dan Membaca di kalangan pelajar sekolah.
Perancangan ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan dalam mencapai sasaran NKRA dan NKPI khususnya bagi sektor pendidikan negara.
